Thursday, March 6, 2014

Resepi Cinnamon Rolls Ala Cinnabon

Assalamualaikum,



Dah kenapa bagi salam terus tepek gambar makanan ni kan?

Anda TERLIUR? CUKUP TERLIUR? Bagusss kita memang serupa je perangai! Orang banyak teringin ni, nak tak nak terpaksa jugak reti masak sendiri. Kalau tak, duit asik nak bagi kat orang je.

Haney nak share salah satu pencapaian agak tinggi dalam hidup Haney.

Dapat anugerah dekan ke? Dapat pangkat Master Shaklee ke? (Belum lagi, soon :P doakan pliss), Dah tu ape pencapaiannye?

Pencapaiannya *drumroll*  berjaya bukak kedai Cinnabon Sdn Bhd kat dapur sendiri :B muahahaha. Makin besar kilang perut kita yerrr..

Jom try resepi ni. I promise *muka manja*, caranya mudah, cepat dan marbelezz!!

Percobaan kali pertama nihh. Alhamdulillah menjadik dan berhasil! SAVEEE sikit duit teman nak buat kawin esok esok esok....

Jom jom masuk dapur Masterrrrr Chep Haney..




Yang ni proses-proses membikinnya. Peringkat letak topping dah tak hengat dunia!, terus makan tak sempat tangkap gambar.


Bahan-bahannya puan-puan:

Doh
100 ml air
200 ml susu segar
55 g butter
48 g tepung superfine 
1 biji telur
10 g gula
550 g tepung high protein (tepung roti)
7 g yis segera
1 sudu esen vanilla

Filling (Part ni Haney tarok ikut sukasukihati)
55 g butter
125 g gula perang
9 g serbuk kayu manis

Cream Cheese Topping (Boleh jugak adjust kepekatan ikut suka tekak)
112g cream cheese
65g margerine
80g  gula icing
5 sudu besar susu segar
sedikit perahan lemon

Ok puan-puan, sekarang tengok pulak cara membuatnya..

1. Masukkan semua bahan doh. Uli sehingga licin

2. Biarkan didalam bekas selama sejam, sehingga doh naik sekali ganda. Lapikkan kain lembab pada kat atas bekas.

3. Tumbuk dan canai doh menjadi saiz segi empat. Sapu butter atasnya, kemudian gula perang dan serbuk kayu manis. (Haney suka haroman semerbak kayu manis, jadi tabur lebih sikit hehe)

4.Kemudia gulung doh yang dah ditaburkan filling dan potong. Susunkan dalam loyang dan biarkan selama 45minit sehingga naik sekali ganda.

5. Sementara menunggu doh kembang kembong, mari sediakan topping. Masukkan semua bahan topping dan gaul hingga sebati. Boleh tambah dan kurangkan sukatan susu segar ikut kesukaan puan-puan

6. Bakar pada suhu 170c selama 15-20 minit. Apabila dah masak, sapukan topping ketika cinnmon rolls masih suam-suam. Bertambah thorbaik!

Selamat Mencuba ~

Boleh la beritahu saya yea kalau anda dah torai. Ada ok? Macam Cinnabon takk? hehe

Thanks for reading xx!




Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda, mak ayah, 
suami dan yang tersayang?
Ingin tambah pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Haney untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

1 comment:

  1. Yis tu x kena bancuh dulu ke? Maaf sy bru nk belajar buat roti 😓

    ReplyDelete